Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua
perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun
disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti
tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk
berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah,
syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut.
Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000
dalam simpanan bank.
Sudah
tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai
bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun
berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman
kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM
400 sebulan.
Bonus
pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik
pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM
11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh
kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat
sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan
pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak
mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah
besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat
persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala.
Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita
jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah,
kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat
hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak
letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi,
apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling
pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak
bayar.
Isteri
kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda
tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
Contoh
yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh
dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.
Punca masalah:
Pada
pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam
budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri
sendiri.
Budaya
yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin,
dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya
mereka sebenarnya mampu.
Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
01.Perkahwinan
perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu
saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu
diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
02."Harga"
seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur
dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.
Apabila
wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa
dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting
dari wang hantaran.
03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Kawan
saya yang kini telah bekerja di Sydney selepas habis study kat sana
namanya Farah,dia pernah cerita kat aku time kat dalam e-mel dia lah
saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.
Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.
Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.
Namun
hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik
bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?
...and the pressure is on men.
0 komentar :
Posting Komentar