Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si
lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still
dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok
itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di
dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak
ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah
menjelma di dalam kepala.
Lelaki
tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya.
Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan
yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau
kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi
nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki
tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap.
Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la
ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan
tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam
je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus
marah.
"Bodoh!
Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki
tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila
ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang
perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya
bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki
jadi macam tu?
Pernah
tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang
memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki
bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?
Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni
pulak.
Ada
seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung
agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak
dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi
fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi
apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang
bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.
You
see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman
sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem
perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for
the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At
least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman
aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang
montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila
punya.
Aku
tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada
melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam
surah An-Nuur ayat 30 ni:
Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN
PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat."
Tetapi,
tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai
tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31
ni:
Katakanlah
kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN
KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali
kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita
islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan
laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka
memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung."
You
see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak
kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis
pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan
salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu
simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak
disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Aku
harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially
yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah.
Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar
untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang
sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap
korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai
tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.
~~~renung-renungkan wahai wanita di luar sana..jgn jadikan fesyen zaman sekarang sehingga maruah anda sendiri yg tergadai

0 komentar :
Posting Komentar